Krisdayanti mahu jual rumah

Baru-baru ini Krisdayanti dilaporkan mahu menjual rumahnya yang terletak di Radio Dalam, Jakarta Selatan.

Bagaimanapun ketika ditemui pemberita, Anang Hermansyah mengaku tidak tahu menahu mengenai rancangan bekas isterinya itu.

“Saya tidak faham. Terus terang saya tidak tahu dan masih belum menerima sebarang khabar mengenainya. Tetapi jika benar, ia harus mendapat persetujuan anak-anak kerana itu adalah hak mereka, saya tidak berani bercakap apa-apa, tambahan pula KD sendiri masih belum memberitahu saya mengenainya,” katanya.

Malah Anang turut melahirkan rasa sayangnya terhadap rumah tersebut memandangkan ia merupakan hasil titik peluh dia, Krisdayanti dan anak-anaknya.

  1. No trackbacks yet.

Leave a comment