Paula Malai Ali hamil 6 bulan

Setelah perkahwinan dulunya dengan kerabat diraja Kedah berkecai ditengah jalan, namun itu tidak menjadi penghalang kepada bekas hos MTV, Paula Malai Ali untuk menemui kebahagiaan. Paula kini telah pun disahkan mengandung 6 bulan hasil perkahwinan keduanya dengan lelaki Mat Saleh yang bernama Sam, iaitu seorang prodesur program The Biggest Losser.

Khabarnya Paula bakal menimang cahaya mata lelaki. Tahniah kami ucapkan!

Tahniah buat Elyana!

Rasanya masih belum terlambat pihak kami mengucapkan tahniah kepada penyanyi tanah air kita, Erneelya Elyana Emrizal, atau lebih dikenali sebagai Elyana yang telah selamat mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya, Khairul Anuar Hussin pada 19 November 2010 yang lalu.

Selepas diijabkabulkan, kedua pasangan ini diraikan dalam dua majlis resepsi pada 20 November bertempat di Dutches Place, Jalan Ampang,Kuala Lumpur. Dimaklumkan majlis pada sebelah siang dihadiri oleh sanak-saudara dan kenalan manakala pada sebelah malamnya pula ia turut dihadir oleh rakan-rakan media.

Walaupun muncul beberapa kontroversi, kononya majlis resepsi pasangan ini ditaja oleh somebody, tapi pasangan ini tenang menghadapinya dan tidak cepat melatah. Kami puji dengan sikap pasangan ini. Pada kami lantak pi lah kalau ada orang nak taja pun… itu pun nak jadi isu ke???

Ok lah korang tengoklah beberapa gambar sekitar majlis resepsi Elyana.



Nota kaki : Agak-agak korang Elyana pakai kasut tak time majlis ni??

Nine Muse puas hiburkan tentera

Baru-baru ini ketua kumpulan Nine Muses, Lana mendedahkan bahawa kumpulannya gemar membuat persembahan di kem tentera.

Bagi mereka, melakukan persembahan untuk tentera lebih mengujakan dan mereka jadi lebih bertenaga.

“Kami peroleh kekuatan setiap kali buat persembahan di kem-kem tentera. Kami dapat mendengar golongan lelaki menjerit nama kami dari serata arah, malah turut menyanyi bersama.”

Lana turut berkata, kadang-kadang mereka ada terfikir untuk melakukan persembahan di kem tentera kerana kepuasan yang sungguh berbeza.

Terlantar demi cantik

Golongan selebriti atau artis di Korea memang terkenal dengan kesanggupan mereka untuk menjalani pembedahan plastik semata-mata mahu tampil berbeza.

Anggota kumpulan ZE:A, Kwang Hee juga tidak terkecuali. Cuma apa yang membezakan Kwang Hee ialah, dia jujur dan tidak menipu peminat berhubung tindakannya itu.

“Saya hanya mahu bersikap jujur. Memang saya buat pembedahan plastik terutama di bahagian wajah dan akibat tindakan itu saya terpaksa terlantar diatas katil hampir setahun. Walaupun sukar, saya berpuas hati dengan hasilnya. Terima kasih kepada ibu saya dan doktor klinik tersebut sebab saya tahu, selain nyanyian dan tarian, tiada apa yang ada pada saya. Dengan wajah inilah saya mencari rezeki sekarang,” katanya.

Sandra Park menaruh minat pada Minho

Baru-baru ini Sandra Park mengeluarkan kenyataan berani apabila dia mengaku menyukai anggota kumpulan SHInee, Minho.

Dia yang merupakan anggota kumpulan 2NE1 turut mengaku, duduk bersebelahan dengan Minho saja sudah cukup membuatkan jantungnya berdegup kencang.

“Dalam satu program anugerah muzik pada tahun lepas, saya berpeluang duduk bersebelahan dengan Minho. Yang lucunya, kerana terlalu gembira, saya sampai tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Minho memang lelaki yang kacak!” katanya.

Bagaimanapun, jelas Sandra, dia tahu batasan hubungan itu dan minat itu tidak lebih dari sekadar teman seperjuangan.

Hubungan Irma dan Nabil sudah berakhir

Akhirnya hubungan Nabil Raja Lawak dengan pelakon popular, Isma Hasmie berakhir jua. Sebelum ini Nabil keras menafikan gosip itu dan menyatakan hubungan mereka masih seperti biasa. Tapi selama manalah Nabil boleh menyembunyikan perkara sebenar. Irma sendiri telah membuat kenyataan dalam Berita Harian yang hubungan percintaan dia dan Nabil sudah pun menemui titik noktah!

Punca perpisahan mereka tidak pula diketahui. Tapi ada mulut-mulut jahat berkata Irma dan kawan-kawannya sudah pi terjah kondominium Nabil bersama seorang pramugari pada pukul 4 pagi. Pramugari tersebut hanya memakai t-shirt tanpa coli dan berseluar boxer sahaja. Rasanya semua fikir benda yang sama macam saya fikir kan?

Namun dalam kenyataan sidang akhbar itu, Irma ada menafikan yang dia terlibat dengan aktiviti menerjah rumah Nabil bersama perempuan lain… Namun Irma enggan mengulas lanjut kesahihan kejadian tersebut. Mungkin Irma nak jaga air muka bekas kekasihnya tu kot….

Walau apa pun kisahnya, segalanya sudah pun berakhir… hope lepas ni korang tak payahlah cerita fasal ni lagi ek.. kesian dengan Irma.. Kepada Nabil pulak, lu pikirlah sendiri!!! Dah dapat awek cun macam Irma pun nak buat hal lagi. Kalau muka ada macam Brad pit tak apa gak.

Tak jadi damai

Rancangan mendamaikan Zainuddin MZ dengan penyanyi dangdut yang mendakwa menjadi mangsa rogol, Aida Saskia, terpaksa dibatalkan semalam, selepas pendakwah itu tidak muncul seperti dirancang.

Majlis itu dilangsungkan di Hotel Grand Cempaka di Jakarta Pusat. Peguam Aida, Alamsyah Hanafiah berkata, tokoh digelar Pendakwah Sejuta Umat itu tiba-tiba mengalami tekanan darah tinggi mendadak dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Gandaria, Jakarta Selatan.

“Majlis ini akan ditunda sehingga Zainuddin pulih,” katanya kepada media, semalam.

Sambil mendoakan tokoh itu segera sembuh, Alamsyah berkata, Aida setakat ini mengambil sikap berserah dan menunggu perkembangan lanjut isu berkenaan.

Menurut Aida pula, dia tentu rasa bersalah dan terlalu mementingkan diri sendiri jika terus mendesak Zainuddin ketika pendakwah itu sakit.

“Mungkin beliau belum bersedia dan kami pula tak boleh memaksa seseorang yang sakit untuk menghadiri majlis ini,” katanya.

Walau apa pun tanggapan orang, Aida mengambil sikap berbaik sangka dengan perkembangan mengejut itu.

“Mudah-mudahan sakit itu bukan sengaja dibuat-buat dan dia segera sembuh,” katanya.

Sementara itu, Aida berkata, dia memang bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan isu peribadinya dengan Zainuddin secara baik melalui ‘ikrar damai’ yang sepatutnya diadakan semalam, “Saya mahu melupakan sejarah yang membayangi saya selama sembilan tahun,” katanya.

Dewi ‘bergasak’ dengan Julia di lokasi

Dewi Persik mendakwa, tindakannya mencakar muka serta mengoyakkan baju Julia Perez sehingga mendedahkan payudara aktres berkenaan dibuat sebagai langkah mempertahankan diri daripada serangan di lokasi minggu lalu.

Menurut Dewi, hanya selepas payudara terdedah Julia berhenti menyerangnya.

“Bayangkan jika tak berbuat begitu, dia pasti terus menyerang saya dengan ganas,” katanya.

Insiden pergaduhan di antara Dewi dan Julia itu pada mulanya disangka sebahagian daripada ‘penghayatan’ mereka dalam memenuhi kehendak skrip lakonan.

Julia juga dilaporkan menganggap kekerasan ke atas Dewi hanyalah cara dia melakonkan watak diberi kepadanya.

Ia dinafikan Dewi.

“Julia keterlaluan kerana memukul saya dengan ganas, malah pengarah juga kesal kerana dia mencampur-adukkan masalah peribadi dengan kerjaya,” katanya.

Justeru, Dewi membuat aduan rasmi kepada polis pada Sabtu lalu.

Bekas bintang realiti kahwin senyap-senyap

Story panassss!!! Tak sangka dalam diam adik kepada penyanyi paling popular tanah air kita, sudah bernikah senyap-senyap. Siapa lagi kalau bukan Siti Saerah yang merupakan adik kepada penyanyi wanita nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dipercayai telah bernikah pada 27 Oktober yang lalu.

Rasanya ramai yang terkejut dengan berita ni. Yelah angin tak ada ribut tak ada, tau-tau je dah nikah… hmmmm pelik gak ek kenapa mereka perlu rahsiakan majlis pernikahan tu.

Apa pun tahniahlah kami ucapkan kepada Saerah dan pasangannya, Saiful Anuar,27 yang sedang berbulan madu di salah sebuah pusat peranginan di Johor. Mudah-mudahan rumahtangga mereka berkekalan hingga akhir hayat.

Dia cuma kawan saya – Jihae

Gosip mengenai keintiman Jihae dengan Vokalis kumpulan Old Time, Kim Woo Joo tersebar meluas memenuhi ruang atmosfera dunia hiburan Korea.

Namun, anggota kumpulan Girl’s Day itu berkeras menafikan bahawa dia sedang menjalin cinta dengan jejaka tersebut.

“Tidaklah. Kami tidak bercinta. Saya mengenali Woo Joo sejak di zaman sekolah tinggi lagi. Kami bertambah rapat selepas sama-sama terlibat dalam bidang muzik. Tetapi hubungan itu tidak lebih daripada sekadar kawan,” katanya.

Kedua-dua mereka sering dilihat intim termasuk di ruang siber.

Malah, Woo Joo dan Jihae sering berbalas kata-kata ‘rindu kamu’ di ruangan Cyworld mini di Internet sehingga mencetuskan spekulasi bahawa mereka benar-benar pasangan kekasih.