Diana hilang Magika

Pelakon berbakat besar, Diana Danielle baru-baru ini melahirkan perasaan terkilan apabila namanya langsung tiada dalam senarai Top 5 Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) yang bermula semalam dan berkemuncak pada ahad ini.

Diana merasakan filem terbarunya, Magika mampu mengangkatnya untuk menerima pencalonan di majlis berprestij itu. Bukan itu saja, pengarah Magika , Edry Abdul Halim dan juga Ketua Pegawai Eksekutif, Norman Abdul Halim turut memaklumkan akan mencalonkan namanya bagi dua kategori penting FFM23.

Malangnya harapan bintang muda ini hancur berkecai apabila namanya tidak tersenarai dalam Top 5 yang diumumkan pada 14 Oktober lalu. Turut berkongsi perasaan itu adalah Norman, kerana Norman mendapati lakonan Diana sangat berkesan dan berperanan besar dalam Filem Magika.

Diana mengakui kejayaan di FFM begitu penting kepada pelakon kerana ia dianggap sebagai bukti pencapaian seseorang pelakon atas apa yang dilakukan.

Walaubagaimanapun Diana tetap melahirkan rasa kesyukuran dengan rezeki melimpah ruah yang diterimanya kini meskipun namanya masih belum tersenarai dalam Top 5 itu.

Sabarlah Diana.. mungkin belum ada rezeki lagi. Lagipun awak masih muda. Masih punya banyak masa lagi untuk mendapat pengiktirafan itu. Tapi kami akui Diana memang pelakon berbakat besar. Lakonannya sangat berkesan. Insya-Allah tahun depan mungkin nama Diana tersenarai Top 5. Chaiyok!

  1. No trackbacks yet.

Leave a comment