Archive for October 20th, 2010

Keket bangga berlakon dengan bintang porno!

Bintang filem dan model terkenal Indonesia, Catherine Wilson bakal berkolaborasi dengan bintang porno Hollywood, Tera Patrick untuk filem terbaru mereka, Rintihan Kuntilanak Perawan.

Sama-sama seksi dan menggiurkan, Catherine atau mesra dipanggil Keket tidak gusar kalau dia dibandingkan-bandingkan dengan pelakon porno itu.

Katanya, “Saya tidak takut dibandingkan. Setiap manusia ada kelebihan. Saya cuma perlu berusaha memberikan yang terbaik,”

Walaupun bakal bersatu dalam sebuah filem namun kata Keket, dia tidak akan terikut-ikut untuk muncul seksi. Ye ke? Boleh caya ke?

Sejak menceburi dunia perfileman, gadis berusia 29 tahun itu memang tak ada niat untuk melakonkan adegan seksi.

“Saya selalu menjaga imej saya sejak dahulu hingga sekarang. Insya-Allah saya tidak akan berubah,”

Tuturnya lagi,”Ia suatu kebanggaan kerana dapat melakukan penggambaran bersama seorang bintang Hollywood.”

Ek eleh berlakon dengan bintang porno pun bangga ke???

Tapi dengar ceritanya, Front Pembela Islam (FPI) tidak bersetuju dan membantah keras pembabitan pelakon lucah, Tera dalam filem tersebut. Justeru, FPI bertindak mahu menyerbu Lapangan Terbang Sukarno untuk menghalang kedatangan bintang filem lucah dari Amerika itu.

Oleh yang demikian, pihak polis Indonesia sudah bersiap sedia untuk mengawal sebarang kemungkinan perkara buruk di lapangan terbang tersebut.

Penerbit Rintihan Kuntilanak Perawan pula kini memikirkan semula rancangan membawa Tera membintangi filem berkenaan ekoran bantahan FPI itu.

Bagus tindakan FPI itu! Dah tiba masanya masyarakat islam disana bertindak tegas dengan perkara-perkara mungkar seperti itu. Dah terlalu banyak masyarakat islam disana terpesong dari ajaran islam yang benar. Jangan tunggu sampai bencana Tsunami kedua datang baru nak insaf pulak.

Siapa pengganti Once?

Khabar Once meninggalkan posisinya sebagai vokalis group terkenal Dewa 19 masih hebat diperkatakan.

Ahmad Dhani selaku ketua group tersebut dipercayai sudah mencari vokalis baru, namun Once mendakwa dia tidak tahu mengenai pencarian calon pengganti dirinya.

Nama Judika disebut-sebut sebagai pilihan Dhani tetapi Judika sebenarnya dipilih untuk menyertai group baru, Baladewa. Judika bukan menggantikan Once. “Saya tidak tahu menahu soal itu. Saya cuma dengar-dengar sahaja tetapi tidak tahu kebenarannya,” ujar penyanyi yang menggantikan Ari Lasso suatu ketika dahulu.

Dewa 19 kini masih dalam status vakum dan ahlinya sibuk dengan projek masing-masing.

Once dikatakan membuka sebuah syarikat pengiklanan namun menolak khabar angin bahawa dia sudah meninggalkan dunia muzik.

“Saya tidak akan berhenti bermuzik. Itu sudah jelas. Tetapi muzik yang bagaimana, saya akan beritahu kelak,” jelasnya ringkas.

Giring (Nidji) tertekan menjelang hari persandingan

Vokalis Nidji selamat mengadakan resepsi persandingannya Jumaat yang lalu. Namun, Giring mengaku dia tertekan menjelang hari persandingannya.

“Saya tertekan kerana banyak berfikir. Saya takut makanan tidak mencukupi dan tetamu tidak berpuas hati. Saya dan isteri, Cynthia sakit kepala memikirkannya,” luah Giring yang bernikah dengan wanita pilihan hatinya pada Julai lalu.

Kebimbangan Giring itu berasas kerana pada masa yang sama dia turut sibuk menguruskan persembahan pentas Nidji. Dia perlu mengatur jadual persembahan dan resepsinya sekali gus.

Mujurlah Giring ada ubat untuk mengatasi tekanannya. “Kalau sudah sampai rumah dan bertemu Zidane (anak tiri), dia akan memeluk, mencium dan saya akan tidurkan dia. Selepas itu saya akan makan masakan isteri. Masakannya sedap. Ya, pernikahan kami juga enak,” tuturnya yang enggan resepsinya disaksikan pihak media.

“Saya cuma mengadakan sebuah keraian yang sederhana ,” ujarnya yang mengadakan resepsi tersebut atas permintaan ibunya.

OST Asmara – Menyesal (6ixth sense)

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku
Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

Faizal Tahir – Adrenalin

Rangkap satu
Kata mula pendahuluanku
Salam mula cara kita
Sejahtera semua

Jangan banyak jangan sikit
Sederhana cukup
Cara aku cara kamu
Sama tak serupa

Pandanganku hanya ke langit biru
Sabar menanti kelam berlalu pergi
Tampil matahari berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu

Siapa bilang siapa kata
Bulan itu jauh
Siapa sangka siapa tahu
Naik turun aku

Pandanganku hanya ke langit biru
Sabar menanti kelam berlalu pergi
Tampil matahari berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu

Kau juga aku bukan tak biasa
Dah jatuh dan bangun semula

Semua tahu semua tipu
Benar jadi palsu
Makin dekat makin mahu
Adrenalin laju

Berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu

Zee Avi – Bitter Heart

Sun rays come down as seen when they hit the ground,
Children spinning around till they fall down down down.
I wait for you, it’s been two hours now,
You’re still somewhere in town,
Your dinners getting cold.
I rest my case you are always this late,
And you know how much I hate waiting around ’round ’round

Bitter heart, bitter heart tries to keep it all inside,
Bitter heart, bitter heart shadows will help you try to hide,
Bitter heart, my bitter heart is gettin’ just a little fragile,
Bitter heart, bitter heart of mine.

And then you come and tell me the same reason as you did yesterday,
So tell me whats her name
Doo doo da dum, doo doo da dum, doo doo doo doo doo doo da da dum dum, da da da da dum, da da da da dum, da da da da dum.
Bitter heart, bitter heart tries to keep it all inside
Bitter heart, bitter heart shadows will help you try to hide,
Bitter heart, my bitter heart is just getting a little fragile,
Bitter heart, bitter heart of mine, of mine, of mine, of mine, of mine, of mine

Yuna – Super Something

You see
I was nothing more
than a girl who wished
for something different
watchin her dreams
from a distance

You see
when you came in
it’s a different game
You believe in me so much
You turn me from nothing to a girl
who’s super-something

(chorus)
You’ll see
I’m better
I’m faster
Stronger
I’m happier
when you by my side
(ku lalui semua dengan senyuman di wajahku)
You’ll see
I’m better
I’m faster
Stronger
I’m happier
when you by my side
(ku tempuhi semua kerana engkau di sisi ku)

The truth is
I was never more than this
Something kept me from reaching out
for something
but my heart is wanting
what it’s looking for
then you came
you turn me upside down
I’m no longer afraid
of chasing
possibilities
I’ll be the last one standing

Yuna -Gadis Semasa

Oh begini rasanya cinta
Berani aku lagukan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia

Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

(*)
Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu

(**)
Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu jujur untuk duniamu

Kau mahukan gadis biasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan aku begitu muda untuk dirimu
Kau memang begitu

Kau mahu perubahan dunia
Tetapi pada aku kau sama saja
Dan engkau begitu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Ulang (*)
Ulang (**)
Ulang (*)

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu

Oh aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu jujur untuk diri
Terlalu jujur untuk diri
Terlalu jujur untuk dirimu

Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Radja – Terus Terang

jangan pernah kau katakan woo woo
bahwa cintaku terlarang woo woo
karna tak ada yang tahu
arti cinta sesungguhnya

cinta datang dari tuhan woo woo
yang tak mungkin ku hindarkan woo woo
karna aku manusia
yang pastinya butuh cinta

reff:

kepadamu aku terus terang
bahwa aku memang masih sayang
demi kamu aku relakan perpisahan
hanya aku yang aku sayang
bersamamu jiwaku melayang
demi kamu aku relakan perpisahan
cinta datang dari tuhan woo woo
yang tak mungkin ku hindarkan woo woo
karna aku manusia
yang pastinya butuh cinta

repeat reff

cinta datang dari tuhan woo woo
yang tak mungkin ku hindarkan woo woo
karna aku manusia
yang pastinya butuh cinta

repeat reff

ooo perpisahan
cinta datang dari tuhan