Archive for the ‘ k-pop ’ Category

Nine Muse puas hiburkan tentera

Baru-baru ini ketua kumpulan Nine Muses, Lana mendedahkan bahawa kumpulannya gemar membuat persembahan di kem tentera.

Bagi mereka, melakukan persembahan untuk tentera lebih mengujakan dan mereka jadi lebih bertenaga.

“Kami peroleh kekuatan setiap kali buat persembahan di kem-kem tentera. Kami dapat mendengar golongan lelaki menjerit nama kami dari serata arah, malah turut menyanyi bersama.”

Lana turut berkata, kadang-kadang mereka ada terfikir untuk melakukan persembahan di kem tentera kerana kepuasan yang sungguh berbeza.

Terlantar demi cantik

Golongan selebriti atau artis di Korea memang terkenal dengan kesanggupan mereka untuk menjalani pembedahan plastik semata-mata mahu tampil berbeza.

Anggota kumpulan ZE:A, Kwang Hee juga tidak terkecuali. Cuma apa yang membezakan Kwang Hee ialah, dia jujur dan tidak menipu peminat berhubung tindakannya itu.

“Saya hanya mahu bersikap jujur. Memang saya buat pembedahan plastik terutama di bahagian wajah dan akibat tindakan itu saya terpaksa terlantar diatas katil hampir setahun. Walaupun sukar, saya berpuas hati dengan hasilnya. Terima kasih kepada ibu saya dan doktor klinik tersebut sebab saya tahu, selain nyanyian dan tarian, tiada apa yang ada pada saya. Dengan wajah inilah saya mencari rezeki sekarang,” katanya.

Sandra Park menaruh minat pada Minho

Baru-baru ini Sandra Park mengeluarkan kenyataan berani apabila dia mengaku menyukai anggota kumpulan SHInee, Minho.

Dia yang merupakan anggota kumpulan 2NE1 turut mengaku, duduk bersebelahan dengan Minho saja sudah cukup membuatkan jantungnya berdegup kencang.

“Dalam satu program anugerah muzik pada tahun lepas, saya berpeluang duduk bersebelahan dengan Minho. Yang lucunya, kerana terlalu gembira, saya sampai tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Minho memang lelaki yang kacak!” katanya.

Bagaimanapun, jelas Sandra, dia tahu batasan hubungan itu dan minat itu tidak lebih dari sekadar teman seperjuangan.

Dia cuma kawan saya – Jihae

Gosip mengenai keintiman Jihae dengan Vokalis kumpulan Old Time, Kim Woo Joo tersebar meluas memenuhi ruang atmosfera dunia hiburan Korea.

Namun, anggota kumpulan Girl’s Day itu berkeras menafikan bahawa dia sedang menjalin cinta dengan jejaka tersebut.

“Tidaklah. Kami tidak bercinta. Saya mengenali Woo Joo sejak di zaman sekolah tinggi lagi. Kami bertambah rapat selepas sama-sama terlibat dalam bidang muzik. Tetapi hubungan itu tidak lebih daripada sekadar kawan,” katanya.

Kedua-dua mereka sering dilihat intim termasuk di ruang siber.

Malah, Woo Joo dan Jihae sering berbalas kata-kata ‘rindu kamu’ di ruangan Cyworld mini di Internet sehingga mencetuskan spekulasi bahawa mereka benar-benar pasangan kekasih.

Dong Hae menjejaki rakan

SAH! Dong Hae akan memegang peranan sebagai pelakon utama dalam drama terbitan SBS berjudul ‘It’s Okay, Daddy’s Daughter’ tidak lama lagi.

Ini bermakna dia anggota kumpulan Super Junior yang keempat ke dunia lakonan selepas Kim Bum, Leeteuk dan Heechul.

Dong Hae membawa watak seorang lelaki yang terdesak dengan kehidupan miskin namun tabah mengharungi dugaan tersebut, Dong Hae mengaku sungguh teruja.

“Kali pertama saya memegang watak utama dalam drama, perasaannya bercampur baur. Rasa seronok, gementar dan teruja. Saya akan cuba dengan sebaik mungkin,” katanya.

p/s : Kami pun teruja gak. Teruja nak tengok first time Dong Hae berlakon. Macam manalah gayanya tu ek?

Hyo Joo cuba menyanyi

Aktres popular Korea, Han Hyo Joo baru-baru ini meraih banyak perhatian peminat selepas muncul membuat persembahan nyanyian sulungnya sempena program Sketchbook Yoo Hee Yul.

Meskipun menyerlah dalam bidang lakonan, Hyo Joo mengaku tidak dapat menyembunyikan cintanya terhadap bidang muzik.

“Semasa kecil saya belajar pelbagai jenis peralatan muzik termasuk piano, gitar dan biola. Saya boleh menguasainya, tetapi masalah timbul selepas saya berhenti.” Katanya.

Ketika ditanya mengenai muzik kegemarannya, Hyo Joo menjawab,

“Saya sangat gemarkan perjuangan muzik kumpulan bebas dan meminati muzik genre pop,” katanya.

p/s : Semua artis Korea ni serba boleh kan.. boleh menari, boleh berlakon, boleh menyanyi. Suara ala kadar pun tak apa asalkan muka cun & hensem.. kui..kui.. Tapi Aseanstar puji dengan keberanian mereka. Mereka tak takut mencuba sesuatu yang lain. Good Job!

Tiket konsert JYJ laris

Trio JYJ yang diwujudkan dibawah serpihan kumpulan TVXQ, berjaya membuktikan bahawa kehadiran mereka diterima peminat meskipun pernah mencatat rekod buruk mengenai perbalahan dengan syarikat rakaman SM Entertainment.

Bukti lebih jelas apabila tiket jualan bagi konsert pertama kumpulan itu yang akan diadakan pada 27 dan 28 November ini di Seoul, Korea laris dijual pada hari pertama kaunter jualan dibuka.

Lebih mengejutkan sebanyak 20,000 keping tiket telah berjaya dijual dalam tempoh hanya 20 minit.

Konsert JYJ akan dipimpin oleh koreografer Jeri Slaughter, orang yang bertanggungjawab memimpin konsert artis-artis bertaraf antarabangsa seperti Mariah Carey, Whitney Houstan dan Cristina Aguilera. Class You…

p/s : Kalau konsert artis Malaysia, jangan kata 20,000 tiket. 1,000 tiket pun belum tentu lagi sampai.

Girls Generation tipu peminat?

Ketika nama mereka sedang meningkat naik, timbul pula desas desus yang kurang baik dan boleh memberi kesan dalam kerjaya mereka.

Menurut sebuah program hiburan di Taiwan, terdapat spekulasi yang mendakwa kumpulan tersebut hanya menggerakkan bibir semasa membuat persembahan konsert mereka di Taiwan baru-baru ini.

Perkara ini jelas menghampakan 24,000 peminat yang hadir ke Konsert itu dengan kebanyakan mereka berasa tertipu.

Malah, ia lebih jelas apabila kamera turut memfokuskan wajah setiap anggota kumpulan itu ketika persembahan berlangsung.

“Kami berasa tertipu. Untuk apa kami membelanjakan wang jika persembahannya teruk?

Untuk apa kami datang ke konsert sedangkan anda sendiri boleh mendengar kualiti nyanyian sama seperti di dalam album cakera padat?,” luah peminat.

p/s : Pelik tengok group K-Pop boleh relax menari sambil bernyanyi dengan baik. Tapi tak semua penyanyi menggunakan miming. Ada juga yang boleh bernyanyi secara live dengan baik seperti Homme.

Taecyeon dan Jessica bercinta?

Terbaru salah seorang ahli 2pm Taecyeon dikatakan bercinta dengan ahli SNSD, Jessica setelah mereka dilihat menonton wayang bersama-sama. Berita ini mendapat perhatian semua peminat.

Didalam satu ruang komuniti online, pelbagai andaian dan pendapat yang diberikan peminat. Antaranya:

“Saya bekerja di Coex Megabox dan selalu nampak Taecyeon dan Jessica menonton wayang bersama.. kekeke. Kerana sepanjang saya bekerja disitu, saya nampak ramai pasangan selebriti…. kekekeke.”

Tapi pasangan ini menafikan gosip ini.

Kalau betul pun apa salahnya kan? Dua-dua sama cantik sama padan..sweet sangat..

Miss A terbang ke China November ini

Miss A kini sedang bersiap sedia berangkat ke China November ini selepas debut “Bad Girl Good Girl” mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Dan kini lagu terbaru mereka, “Breathe” turut mendapat sambutan yang hebat.

Produser Park Jin Young sebelum ini ada memberitahu mahu menjadikan kumpulan Miss A sebagai “Kumpulan wanita Asia terhebat”. Dua orang ahli Miss A yang berketurunan China, Jia dan Fei sudah mempunyai pengalaman dalam pasaran hiburan China. Mereka berdua pernah menjadi model telefon bimbit jenama Anycall di China. Ini memudahkan lagi mereka menembusi pasaran China.

Wakil AQ Entertainment berkata,

“Mereka akan bertambah sibuk bermula November ini. Sepenuh perhatian akan diberikan sepanjang promotion di China nanti. Jia dan Fei sudah mempunyai pengalaman di sana tetapi mereka tetap kena berusaha keras untuk menunjukkan sikap baik dan menarik minat peminat disana.”

Good luck untuk Miss A!