Dewi nafi gugur kandungan

Penyanyi dangdut, Dewi Persik didakwa menggugurkan kandungan di Singapura.

Bagaimanapun, Dewi yang digelar ‘Goyang Gergaji’ itu menganggap dakwaan itu khabar angin semata-mata.

“Saya dituduh melakukan pengguguran. Bukankah saya sudah bersuami? “Yang saya tidak ada ialah teman lelaki. “Tetapi saya tidak peduli dengan tuduhan itu. Yang penting, saya tidak melakukannya. “Biarkan saja jika ada orang yang mahu berkata demikian,” katanya sambil ketawa ketika diwawancara wartawan menerusi telefon, semalam.

Katanya, dia ke Singapura selama seminggu untuk meninjau peluang bisnes, sekali gus bercuti.

Menurut pelakon filem ‘Tali Pocong Perawan’ itu, dia berhasrat memulakan perniagaan di republik berkenaan.

Dewi yang nama penuhnya Dewi Murya Agung juga merancang menyekolahkan anak angkatnya, Felice Gabriel di Singapura kerana menganggap sistem pelajaran di negara itu cukup berkualiti.

  1. No trackbacks yet.

Leave a comment