Emma Waroka diserang bekas kekasih di kelab malam

Sikap cemburu memang boleh membuat seseorang menjadi buta. Itu yang berlaku pada bekas kekasih selebriti Indonesia, Emma Waroka yang bernama Alex yang dilapor menyerang kekasih baru Emma, Juan, disebuah kelab malam, Dragon Fly baru-baru ini.

Ketika menceritakan kejadian itu kepada wartawan di Jakarta Selatan semalam, Emma berkata, dia berada di kelab berkenaan bersama-sama Juan tanpa menyangka Alex juga hadir.

“Dia sempat menyenggol saya tetapi saya tidak mempedulikannya.

“Dia kemudian berbual dengan seorang teman saya dan tiba-tiba menanduk kepala Juan, menyebabkan dia jatuh dan Alex terus memukulnya.

“Kejadian berlaku tanpa ada orang sempat menghalang ,” kata Emma.

Menurut Emma, dia terkejut dengan tindakan bekas kekasihnya itu.

Menurutnya, dia sebelum itu mendiamkan diri saja apabila disenggol oleh Alex kerana tidak mahu mencetuskan ketegangan.

Katanya, dia sedar perbuatan Alex itu bertujuan melakukan ancaman terhadap Juan.

“Kerana tindakan saya berdiam diri menyebabkan dia tidak berpuas hati lalu melepaskan rasa marahnya pada Juan,” kata Emma

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: