Rain kaki judi!

BINTANG terkenal Asia, Rain telah disaman sekali lagi. Kali ini dia disaman berhubung hutang judinya yang masih belum dibayar selepas meminjam sejumlah wang daripada temannya seorang rakyat Amerika Syarikat, Andrew Lim ketika berjudi di Hotel Bellagio di Las Vegas.

Menurut Andrew, 28, Rain meminjam wang sebanyak AS$50,000 (RM160,000) daripadanya pada Jun 2007 untuk berjudi di hotel Bellagio.

Mengulas lanjut tentang kenapa dia memfailkan saman, ujar Andrew: “Tiga tahun telah berlalu dan dia masih tidak membayar hutangnya.”

Katanya lagi, Rain yang mempunyai masalah ketagihan judi pernah mempertaruhkan wang sebanyak RM31,000 pada satu-satu masa ketika berjudi di sebuah hotel mewah.

Akhbar Sports Seoul berjumpa dengan Andrew dan peguamnya di Los Angeles pada 8 Oktober lalu juga untuk menemu bual beberapa wakil kasino di kawasan tersebut.

Berdasarkan maklumat yang diterima Rain dan Andrew merupakan teman rapat dan buat pertama kali bertemu di Las Vegas pada Disember 2006. Kemudian Kim mula menguruskan persembahan Rain di Los Angeles pada 2007.

Akui Andrew: “Umur kami sama, jadi agak mudah untuk kami jadi rapat. Kami saling mendengar masalah dan merancang masa depan. saya seorang pakar IT dan Rain adalah seorang bintang, Kedua-dua kami mengimpikan sebuah perniagaan berasaskan gabungan IT dan hiburan.”

Bagaimanapun, masalah ketagihan judi Rain menyebabkan hubungan mereka regang. Andrew mula percaya Rain mempunyai masalah dengan judi.

“Rain sangat sukakan Las Vegas. Setiap kali dia melawat saya di Los Angeles dia pasti akan ke Las Vegas. Dia akan terbang menggunakan jet peribadinya atau menyewa kereta limosin untuk ke sana.

“Saya ada segala bukti berkenaan wang yang dipinjam itu. Rain bukan orang miskin, dia seorang bintang. Dia berjanji untuk pulangkan wang yang dipinjamnya daripada saya dan dia harus tunaikan janjinya,” ujarnya.

Sementara itu, agensi Rain, J Tune Entertainment menafikan semua dakwaan yang dibuat oleh Andrew. Pengerusinya, Jo Dong Won mengeluarkan kenyataan pada Isnin lalu: “Pertama, keseluruhan tuntutan mahkamah itu ialah sebuah cerita tidak benar.

“Di Amerika, plaintif boleh mengatakan apa sahaja yang dia mahu. Tiada satu pun ceritanya itu benar.”

Apabila ditanya berhubung tabiat judi Rain di Las Vegas, Jo Dong membalas: “Kami tidak mengatakan yang Rain tidak langsung pergi ke Las Vegas. Apa yang disoal adalah tahap wang yang dilaburkan untuk berjudi.

“Sebagai contohnya, Rain menghabiskan wang RM3,100 dalam masa seminggu, adakah itu pun dikatakan ketagih judi?

Source : Kosmo

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: