Archive for September, 2010

Ariel makin rajin solat

Nazril Irham atau Ariel, yang menghadapi tuduhan menghasilkan video lucah bersama kekasihnya, Luna Maya dan Cut Tari dilapor semakin rajin menunaikan solat lima waktu.

Perkara itu dinyatakan oleh Hasyim Abdullah, pembantu peribadi ulama Indonesia, Abu Bakar Basyir.

Menurut Hasyim, selama menghuni pusat tahanan di ibu pejabat Polis di Jakarta, Abu Bakar sering menasihat penyanyi itu supaya bertaubat dan menunaikan sembahyang. “Ustaz (Abu Bakar) sentiasa mengingatkan Ariel supaya bertaubat. “Dan sejak ustaz ditahan, beliau mengimamkan solat lima waktu di pusat berkenaan, diikuti oleh tahanan lain termasuk Ariel.

Ariel, bekas vokalis kumpulan Peterpan, ditahan sejak 22 Jun lalu kerana kes pornografi sementara Abu Bakar pula ditahan kerana tuduhan terbabit dengan keganasan.

Baguslah kalau cenggitu.. Ambik yang jernih buang yang keruh. Selagi masih belum terlambat Ariel masih bisa bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Tiada manusia yang perfect di dunia ini selain para nabi… tapi jangan plak bila keluar dari jel nanti Ariel kembali buat perkara lama. Buktikan pada kami yang anda bisa berubah Ariel!!

Bapa tak kisah Pinkan murtad!

Mengucap panjang saya bila dengar berita ni. Minggu lalu saya ada post cerita tentang penyanyi Pinkan Mambo sebelum ini dikatakan bertukar agama kerana terpengaruh dengan kekasihnya. Tetapi boleh plak bapa si Pinkan ni, Youke Mambo pula menafikan khabar itu. Malah dia siap boleh kata tak kisah pun anak dia ni nak tukar agama. Apa jenis bapak la dia ni! Sepatutnya sebagai seorang bapak dia kena mempertahankan akidah anaknya. Korang baca sendiri lah cerita ni yek. Jadikan cerita ni sebagai tauladan. Semoga kita semua sentiasa ditetapkan iman…

“Berita mengenai Pinkan keluar Islam kerana terpengaruh dengan kekasihnya itu tidak benar,” ujar Youke ketika dihubungi melalui telefon, semalam.

Youke memberitahu dia sempat berbual dengan anaknya dan Pinkan memang ada memaklumkan yang dia sudah bertukar ke agama lain. Bagaimanapun, Pinkan juga meminta bapanya tidak mempercayai berita yang dipaparkan di media.

“Papa, Pinkan sudah berpegang kepada keyakinan baru dan berita mengenai Pinkan memeluk agama lain kerana terpengaruh dengan kekasih Pinkan itu tidak benar.

“Pinkan memang rela hati mahu memeluk agama baru ini,” jelas Pinkan kepada bapanya sebagaimana dituturkan Youke.

Youke berkata, dia tidak kesah dengan keputusan Pinkan itu. Menurutnya, penyanyi lagu ‘Kekasih yang tak dianggap’ itu sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan dalam hidupnya.

“Saya hormati keputusan anak saya,” kata Youke.

Hubungan Vino dan Upi bermasalah?

Sejak akhir-akhir ini, pelakon Vino Bastian jarang dilihat bersama teman wanitanya, Upi. Ada khabar-khabar angin tersebar mengatakan hubungan antara Vino dan Upi dilanda masalah.

Bagaimanapun, Vino ketika ditemui dalam satu acara di Jakarta Barat baru-baru ini menafikan khabar itu. Bintang filem ‘Badai Pasti Berlalu’ itu mengakui hubungannya dengan Upi baik-baik saja.

Vino berkata, dia dan Upi sibuk dengan kegiatan masing-masing. Malah, dia memberitahu hubungannya dengan Upi yang berstatus janda itu semakin serius. Mereka belum memikirkan untuk menuju ke gerbang perkahwinan saja. “Ya, kami belum mempunyai rancangan untuk bernikah. Kami masih mengenali hati budi masing-masing setakat ini,” kata jejaka berusia 28 tahun itu.

Asha berjinak dalam dunia perniagaan pula

Aktres Asha Shara menjadi selebriti terbaru Indonesia membabitkan diri dalam dunia perniagaaan.

Aktres berdarah kacukan Arab-Aceh itu kini menjadi pemilik sebuah restoran dan mengaku amat teruja kerana dapat bergabung dengan rakan artis seperti Olga Syaputra, Debby Sahertian, Cut Memey, Edric Tjandra dan beberapa yang lain untuk menjadi pemilik francais Takigawa Resto.

“Memang menjadi impian saya untuk memiliki sebuah restoran.

“Kebetulan saya dan beberapa rakan lain melabur dalam satu pengurusan,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan Takigawa Resto di Kemang, Jakarta Selatan, semalam.

Menurut aktris yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-23 pada 23 Oktober depan, dia mempunyai alasan tersendiri dalam memilih Takigawa dibandingkan restoran francais lain.

“Kerana keenakan makanannya sudah terkenal dan ia bukan setakat menyediakan masakan Jepun tetapi ada juga masakan pedas, masam dan manis.

“Bisnes ini banyak menguntungkan saya,” katanya.

Selain itu, menurutnya, dia banyak menjalankan penyelidikan menerusi Internet sebelum membabitkan diri.

“Tahun 2010 dan seterusnya, restoran seperti ini dijangka banyak diminati kerana di samping keenakan makanan yang disajikannya, ia juga bersih dari segi penyediaannya.

“Saya sendiri melihat penyediaan dan penyajiannya,” kata Asha.

Dia berharap bisnes yang dikendalikannya bersama rakan itu akan lancar dan berjaya, “Jika sama-sama mengusahakannya, pastinya akan lebih maju,” katanya.

Mungkin kerana memikirkan kejayaan kariernya itu menyebabkan Asha yang pernah digosipkan dengan aktor, Raffi Ahmad, belum terbayang untuk berumah tangga.

Baginya, yang penting ialah berjaya dalam karier terlebih dulu.

Zahida Rafik nafi sudah bernikah

Pelakon Zahida Rafik menafikan gosip-gosip di Internet bahawa dia sudah berkahwin dengan seorang ahli politik Malaysia di London baru-baru ini.

Mengakui dirinya tertekan dengan gosip tersebut, pelakon berusia 35 tahun itu menegaskan gosip itu sudah pasti tidak disenangi oleh isteri ahli politik berkenaan.

“Mana ada saya kahwin? Tak baik gosip saya dengan dia. Kalau isteri dia percaya, saya juga yang susah,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Zahida diminta mengulas dakwaan kononnya dia sudah melangsungkan perkahwinan dengan ahli politik berkenaan di London.

Perkahwinan tersebut dikatakan berlangsung sebelum bulan Ramadan lalu.

p/s: Kalau betul pun apa salahnya Zahida.. bukan buat dosa pun.

BCL selamat bersalin baby girl

Tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri yang juga artis popular, Ashraf Sinclair dan artis Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) diatas kelahiran bayi sulungnya, kelmarin.

Pastinya kehadiran bayi lelaki jam 2 petang (3 petang waktu Malaysia) seberat 3.5 kilogram yang dilahirkan di Rumah Sakit Brawijaya, Jakarta Selatan cukup dinantikan seluruh kenalan dan keluarga pasangan sensasi itu. Bunga dalam satu kenyataan, bersyukur kerana selamat melahirkan bayi berkenaan selepas menjalani pembedahan. Bayi dan dirinya berada dalam keadaan stabil serta normal.

Difahamkan, Bunga yang mula dimasukkan ke hospital berkenaan seawal jam 4 pagi sentiasa ditemani Ashraf sehingga kelahiran bayi comel itu. Ashraf juga dikatakan cuti panjang selama sebulan pada Aidilfitri lalu untuk menjaga isterinya itu.

Malah keluarga Bunga dan ibu bapa Ashraf dari Malaysia juga tiba sejak dua hari lalu, turut berada di hospital menantikan kelahiran bayi itu. Penyanyi yang popular dengan lagu Ingkar dan duet dengan Ari Lasso, Aku Dan Dirimu itu memaklumkan, dia bersyukur kerana proses kelahiran berjalan lancar.

Pasangan itu bernikah pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta. Dalam pada itu, adik Ashraf, Aishah Sinclair juga melahirkan anak perempuan yang dinamakan Soraya Ann pada 15 Ogos lalu.

Masayu bawak anak masuk hutan

Pelakon filem Laskar Pemimpi, Masayu Anastasia, kelihatan enggan berjauhan daripada anak perempuannya, Samara Anaya Amandari, dan tidak teragak-agak membawa budak berusia 11 bulan itu ke dalam hutan.
Kata Masayu, 26, memang pada peringkat awal ada kebimbangan jika Samara tidak selesa berada di lokasi penggambaran.

“Nasib baik ketika penggambaran Laskar Pemimpi, ada banyak rumah di situ dan kami menumpang di sebahagian daripada rumah itu,” katanya.

Dia berkahwin dengan penyanyi dan pelakon, Lembu Wiworo Jati, pada 6 Julai 2008.

Kata Masayu, membawa anak kecil ke lokasi penggambaran memang boleh menyebabkan kekecohan.

Misalnya, kata Masayu, dia terpaksa menguruskan bagasi jauh lebih banyak berbanding pelakon lain.

“Namun saya tetap seronok dan Samara pula tidak menangis lagi apabila terpaksa ditinggal di rumah seperti sebelum ini,” katanya.

Rahsia Rhoma tak butang baju

Penampilan penyanyi dangdut legenda Indonesia, Rhoma Irama, yang sentiasa tidak memasang butang di bahagian atas baju rupa-rupanya mempunyai rahsia tersendiri.
Dalam sesi borak-borak dengan peminatnya secara maya semalam, Rhoma ditanya mengenai kebiasaannya itu yang dianggap pelik bagi seorang artis berusia 63 tahun.

Disebabkan pertanyaan itu dibuat peminat secara bergurau, Rhoma menjawabnya juga secara berseloroh.

“Apa salahnya, bukan menampakkan aurat sehingga menjadi haram,” katanya menjawab pertanyaan itu.

Namun, selepas sesi berkenaan, media bertanya soalan sama sekali lagi.

Kali ini, Rhoma memberi jawapan lebih jujur.

Kata penyanyi yang melonjak namanya dengan lagu Bergadang pada 1978 itu, dia perlu membuka butang baju di bahagian atas untuk memudahkan pernafasan.

“Memang kebiasaan saya sejak kecil begitu.

“Sebenarnya leher saya ini pendek dan jika butang baju dipasang penuh, saya sesak nafas,” katanya.

Kini sibuk mempromosi filem terbarunya, Dawai 2 Asmara, Rhoma terkenal sebagai penyanyi yang menyampaikan mesej keagamaan dalam lagunya.

Dia juga ditanya mengenai banyak filem dibintangi dan bagaimana perasaannya jika ada peluang menghasilkan filem berkenaan.

Kata Rhoma, memang ada filem yang berkesan di hatinya dan berharap ia boleh melakukan pembikinan semula.

“Saya ingin menghasilkan Satria Bergitar sekali lagi,” katanya.

Selain didakwa meninggalkan kesan besar dalam industri perfileman Indonesia ketika itu, Satria Bergitar menjadi filem pertama menggunakan teknologi bunyi Dolby.

Badrul, Julia bercerai akhirnya..

Akhirnya kemelut yang melanda rumahtangga pelakon serta model, Badrul Muhayat serta isteri, Julia Daud selesai juga apabila Badrul Muhayat melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah semalam.

Difahamkan Julia Daud memfailkan permohonan cerai melalui kebenaran Mahkamah dengan Badrul pada 14 Julai 2010 kerana sudah tidak sefahaman lagi dengan Badrul selain Badrul sering memukul serta tidak memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak.

“Saya lega, kini saya tiada halangan untuk keluar bekerja, saya tidak mahu masa depan yang gelap untuk anak-anak saya.” Demikian kata Julia Daud di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam

Julia kini merancang untuk mencari pekerjaan yang lebih baik bagi menanggung dua anaknya, Siti Batrisyia, 3, dan Badrul Hidayat, 7 bulan selain berpindah bagi mencari ketenangan.

Dia yang kini bekerja sebagai pengurus acara dan penari sambilan bagaimanapun terdiam seketika apabila ditanya kemungkinan akan rujuk semula dengan Badrul Muhayat.

Aseanstar berharap Julia tabah menghadapi dugaan ini.

Perceraian Rachel belum dapat diputuskan

Perbicaraan bagi menentukan perceraian pasangan Rachel Maryam (gambar) dan Ebes sepatutnya dimuktamadkan semalam, tapi kegagalan peguam model dan wakil rakyat itu hadir memaksa hakim menundanya sekali lagi.

Ketika perbicaraan mula bersidang, wakil Rachel gagal muncul dan mahkamah menetapkan ia dibicarakan semula pada 6 Oktober.

Hanya selepas keputusan itu dibuat, peguam Rachel, Despiyanti, tiba di mahkamah berkenaan.

Rachel, 30, adalah pelakon dan model kelahiran Bandung dan kini menjadi wakil rakyat daripada Parti Gerindra dan memenangi kerusi bagi daerah Jawa Barat II pada tahun lalu.

Dia bernikah dengan Ebes – atau nama sebenarnya Muhamad Akbar Pradana pada 25 Julai 2005 dan dikurniakan seorang anak, Muhammad Kale Mata Angin, pada 29 Julai 2006.

Rachel dan Ebes kini membawa isu anak mereka ke mahkamah bagi menentukan hak penjagaan sebenar ke atas budak terbabit.

Sementara itu, Despiyanti berkata, pihaknya yakin berjaya dalam kes berkenaan walaupun keputusannya terus ditangguhkan.

“Kami yakin mahkamah cenderung menggunakan hukum Islam bagi menentukan hak penjagaan Muhammad, iaitu memberikannya kepada Rachel sebagai ibu,” katanya.

Ketika ini Rachel menerima rawatan di hospital kerana demam.