Saida sah bercerai

Baru-baru ini kecoh di media tentang pergolakan rumah tangga penyanyi Saida yang merupakan kakak penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. Kini desas-desus itu terjawab apabila permohonan cerai secara baik penyanyi itu dimulakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Suhaily Rosdi tersebut bagaimanapun hanya dihadiri oleh peguam syarie, Noor Azlina Che Hasan yang mewakili Saida.

Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, 34, memfailkan permohonan perceraian di bawah Seksyen 46 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 pada 6 Oktober lalu.

Beliau sebagai plaintif menamakan suaminya, Mohd. Ghazali Yahya Zikri, 40, sebagai defendan. Bagaimanapun, masing-masing tidak hadir kerana prosiding hari ini tidak memerlukan mereka berbuat demikian.

Terdahulu, Noor Azlina memohon agar mahkamah memberikan tempoh lebih kurang dua bulan kerana kedua-dua pihak ingin membuat perbincangan semula sama ada mahu meneruskan permohonan tersebut.

Mohd. Suhaily kemudian menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 20 Disember ini.

Nota Kaki : Adakah ini satu harga yang perlu dibayar untuk hidup popular?

Source : Kosmo

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: