Aidil tuntut hak penjagaan anak

Sebelum ini pihak media heboh memperkatakan tentang keretakan rumah tangga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34 dengan pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23.

Rita mendakwa rumah tangganya bersama Aidil yang dibina atas dasar cinta, goyah disebabkan campur tangan keluarga mentuanya. Segala pekung didada dibuka satu persatu. Antaranya, Aidil dikatakan tidak pulang ke rumah dan tidak pulang berhari raya bersama Rita dan anak, Rayyan. Sebaliknya Aidil dikatakan menyambut raya dirumah keluarganya.

Pembabitan orang ketiga yang bertindak sebagai penabur fitnah juga dikatakan menjadi salah satu puncanya. Orang ketiga yang dimaksudkan itu, adalah pelakon, Ayu Raudhah yang mempunyai hubungan intim dengan kembar Aidil, Zakuan Adha

Tapi keadaan menjadi jernih semula apabila, Aidil mengaku masih menyayangi Rita dan akan mempertahan rumah tangga yang baru dibina itu sehingga ke akhir hayatnya. Malah Rita juga berjanji akan cuba memperbaiki hubungannya dengan keluarga Aidil bila tiba masanya.

Tapi itu cerita 2 minggu lepas. Semalam, Aidil dikatakan pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk memfailkan permohonan sulh (perbincangan) dan hak penjagaan anak terhadap isterinya itu. Apa sudah jadi? Masih belum pulih lagi ke rumah tangga diorang?

Sumber rapat dengan Mohd Aidil Zafuan berkata, Aidil ke mahkamah dengan ditemani seorang peguam syarie pada kira-kira jam 11 pagi semalam.

“Apa yang dilakukannya ini adalah untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya yang berlarutan sehingga menjadi perhatian orang ramai.

“Melalui kaedah sulh itu, kedua-dua pihak akan dipanggil untuk berbincang secara baik selain diberi kaunseling untuk menyelesaikan pertikaian dihadapi mereka tanpa melalui proses perbicaraan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai permohonan hak jagaan anak dan perceraian, sumber itu berkata, pasangan berkenaan belum bercerai.

Sementara itu Aidil yang ditemui di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi ketika menjalani latihan bersama skuad Negeri Sembilan bagi menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kelantan Sabtu ini, mengesahkan dia pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah bersama seorang peguam.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakannya itu.

“Ia berhubung urusan keluarga dan saya tidak mahu mendedahkannya kerana mahu menjaga kepentingan banyak pihak,” katanya.

Ketika diminta mengulas lanjut, beliau berkata, perbincangan dengan isterinya masih berjalan dan banyak lagi yang perlu diteliti mereka sebelum membuat sebarang keputusan.

Bapa Aidil, Abd Radzak Salleh, 61, ketika ditanya mengenai tindakan anaknya mendakwa dia tidak tahu apa-apa.

“Aidil memang tinggal di sini (rumah keluarga di Sikamat, Seremban) kerana menjalani latihan pusat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.

“Namun, saya tidak tahu apa-apa mengenai tindakan itu kerana dia hanya memberitahu hendak ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menguruskan penukaran nombor pendaftaran kereta, pagi tadi (semalam),” katanya.

Pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 kerana dikatakan tidak mendapat restu keluarga suaminya.

Hasil perkahwinan lebih dua tahun itu, Aidil dan Rita dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin yang kini berusia setahun tiga bulan.

Nota Kaki : Itulah yang susahnya bila kahwin dengan lelaki muda dan tak dapat restu ibu bapa ni. Restu ibu bapa penting untuk keberkatan sesebuah rumahtangga itu. Kerana doa orang tua lah yang akan memanjangkan jodoh kita. Hopefully rumahtangga Rita dapat diselamatkan lah. Kesian kat anak-anak yang jadi mangsa

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: