BCL selamat bersalin baby girl

Tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri yang juga artis popular, Ashraf Sinclair dan artis Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) diatas kelahiran bayi sulungnya, kelmarin.

Pastinya kehadiran bayi lelaki jam 2 petang (3 petang waktu Malaysia) seberat 3.5 kilogram yang dilahirkan di Rumah Sakit Brawijaya, Jakarta Selatan cukup dinantikan seluruh kenalan dan keluarga pasangan sensasi itu. Bunga dalam satu kenyataan, bersyukur kerana selamat melahirkan bayi berkenaan selepas menjalani pembedahan. Bayi dan dirinya berada dalam keadaan stabil serta normal.

Difahamkan, Bunga yang mula dimasukkan ke hospital berkenaan seawal jam 4 pagi sentiasa ditemani Ashraf sehingga kelahiran bayi comel itu. Ashraf juga dikatakan cuti panjang selama sebulan pada Aidilfitri lalu untuk menjaga isterinya itu.

Malah keluarga Bunga dan ibu bapa Ashraf dari Malaysia juga tiba sejak dua hari lalu, turut berada di hospital menantikan kelahiran bayi itu. Penyanyi yang popular dengan lagu Ingkar dan duet dengan Ari Lasso, Aku Dan Dirimu itu memaklumkan, dia bersyukur kerana proses kelahiran berjalan lancar.

Pasangan itu bernikah pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta. Dalam pada itu, adik Ashraf, Aishah Sinclair juga melahirkan anak perempuan yang dinamakan Soraya Ann pada 15 Ogos lalu.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: