Keket bangga berlakon dengan bintang porno!

Bintang filem dan model terkenal Indonesia, Catherine Wilson bakal berkolaborasi dengan bintang porno Hollywood, Tera Patrick untuk filem terbaru mereka, Rintihan Kuntilanak Perawan.

Sama-sama seksi dan menggiurkan, Catherine atau mesra dipanggil Keket tidak gusar kalau dia dibandingkan-bandingkan dengan pelakon porno itu.

Katanya, “Saya tidak takut dibandingkan. Setiap manusia ada kelebihan. Saya cuma perlu berusaha memberikan yang terbaik,”

Walaupun bakal bersatu dalam sebuah filem namun kata Keket, dia tidak akan terikut-ikut untuk muncul seksi. Ye ke? Boleh caya ke?

Sejak menceburi dunia perfileman, gadis berusia 29 tahun itu memang tak ada niat untuk melakonkan adegan seksi.

“Saya selalu menjaga imej saya sejak dahulu hingga sekarang. Insya-Allah saya tidak akan berubah,”

Tuturnya lagi,”Ia suatu kebanggaan kerana dapat melakukan penggambaran bersama seorang bintang Hollywood.”

Ek eleh berlakon dengan bintang porno pun bangga ke???

Tapi dengar ceritanya, Front Pembela Islam (FPI) tidak bersetuju dan membantah keras pembabitan pelakon lucah, Tera dalam filem tersebut. Justeru, FPI bertindak mahu menyerbu Lapangan Terbang Sukarno untuk menghalang kedatangan bintang filem lucah dari Amerika itu.

Oleh yang demikian, pihak polis Indonesia sudah bersiap sedia untuk mengawal sebarang kemungkinan perkara buruk di lapangan terbang tersebut.

Penerbit Rintihan Kuntilanak Perawan pula kini memikirkan semula rancangan membawa Tera membintangi filem berkenaan ekoran bantahan FPI itu.

Bagus tindakan FPI itu! Dah tiba masanya masyarakat islam disana bertindak tegas dengan perkara-perkara mungkar seperti itu. Dah terlalu banyak masyarakat islam disana terpesong dari ajaran islam yang benar. Jangan tunggu sampai bencana Tsunami kedua datang baru nak insaf pulak.

  1. No trackbacks yet.

Leave a comment