Gambar pra-kahwin Jupe ke Internet

Selebriti Julia Perez atau lebih dikenali sebagai Jupe tidak peduli jika gambar pra-perkahwinannya bersama Gaston Castano yang agak keterlaluan dan tidak sopan menjadi tatapan umum.

Jupe memberi alasan gambar itu kini dipertonton orang ramai ekoran perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang mengedarkannya ke dunia maya.

“Saya pelik kerana gambar itu sudah diterbitkan pihak tidak bertanggungjawab. Saya juga bingung mengapa gambar-gambar berkenaan boleh diedarkan ke Internet. Mungkin jika saya bukan selebriti, gambar itu tidak akan menjadi buah mulut orang,” ungkap Jupe kepada Inilah.com melalui telefon bimbitnya, semalam. Jupe mengaku dia tidak mahu memikirkan mengenai edaran gambar berkenaan. “Saya tidak peduli kerana semua itu gambar saya bersama Gaston,” ujarnya. Jupe berkata demikian ketika menjawab persoalan berkaitan gambar pra-perkahwinannya bersama Gaston yang kini beredar di Internet. Bagaimanapun, Jupe merahsiakan tarikh dan tempat pernikahannya dengan Gaston dan hanya memberitahu dia akan menikah pada tahun hadapan.

“Tarikhnya tidak boleh diberitahu kerana rahsia. Lagipun masih lama lagi tetapi yang pasti sekitar tahun hadapan,” kata Jupe lagi.

Jupe dan Gaston sepakat tidak mahu menghebahkan tarikh dan tempat resepsi perkahwinan mereka bakal diadakan.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: