Cathy Sharon jadi pengarah

Mungkin sudah bosan berada di depan kamera lantas memaksa artis terkenal Indonesia, Cathy Sharon membuat keputusan untuk berada di belakang tabir menjadi seorang pengarah.

Menurut Cathy, dia kini sedang mengarahkan sebuah filem Indie berjudul Gadis Di Ruang Tunggu yang berdurasi selama 10 minit.

“Sebenarnya filem itu dibuat bagi menyertai program Mas Garin Nugroho yang boleh dianggap seperti festival Filem Indie. Seramai empat artis akan terlibat membuat filem pendek untuk program itu dan kebetulan ketika ditawar, saya terus menerimanya dengan terbuka,” katanya.

Kata Cathy, skrip filem tersebut telah ditulis oleh Garin sendiri.

Didampingi Julie Estelle sebagai pengarah bersama, filem pendek itu akan dilakonkan oleh Claudia Cynthia Bella, Fedi Nuril, Ricky Harun, Aming dan Ridho Rhoma.

Dalam pada itu, dia juga mengaku tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang pengarah meski pernah menyimpan hasrat untuk membuat sebuah cerita yang akan diangkat menjadi sebuah filem satu hari nanti.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: