Zainuddin MZ bersumpah tidak merogol penyanyi dangdut, Aida Saskia

Tokoh bergelar Pendakwah Sejuta Umat, Zainuddin MZ, dilaporkan bersumpah dengan nama Tuhan bahawa dia tidak pernah menyentuh, apa lagi memperkosa penyanyi dangdut Indonesia, Aida Saskia.

Menurut sahabat baik pendakwah itu, tuduhan Aida sejak akhir-akhir ini sangat mengganggu keluarganya.

Kata Hafiz Syahnara, walaupun mengalami tekanan perasaan yang amat serius, Zainuddin memilih untuk tidak membuat sebarang komen.

“Setakat ini beliau masih mahu bersabar dan menahan emosi. Kata Zainuddin, diam adalah pilihan terbaik untuknya,” katanya.

Ketika kali pertama mendapat tahu mengenai tuduhan Aida, kata Hafiz, Zainuddin bersumpah dengan nama Tuhan bahawa dia tidak pernah melakukan perbuatan seperti didakwa penyanyi terbabit.

Sebelum ini, Aida dilaporkan bersungguh-sungguh mahu mengheret Zainuddin ke mahkamah dan memenjarakannya kerana enggan mengaku terlanjur satu ketika dulu.

Kata Aida, 26, tuntutan asalnya adalah mahukan Zainuddin meminta maaf dan mengaku salah atas perbuatannya meniduri artis berkenaan.

“Saya mempunyai bukti mencukupi bagi menunjukkan dia memang memperkosa saya sembilan tahun lalu,” katanya.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: