Uli pilih jejaka Brazil

Setelah putus cinta dengan Fandy Christian, bintang sinetron Uli Auliani mengaku tidak lagi bingung untuk mencari pasangan hidup kerana dia kini sudah menjalin hubungan dengan seorang jejaka asing yang berasal dari Brazil. Uli sudah mengenali jejaka itu yang bernama Elio Jezierski, 23, sejak empat bulan lalu dan kini kekasihnya itu sedang bertugas di Thailand.

“Kebetulan jodoh saya dapat lelaki warga asing dan saya tidak memilih. Alhamdulillah kami serasi tetapi belum memikirkan ke arah pernikahan kerana masing-masing mahu memberi tumpuan kepada kerjaya dulu,” ujar Uli ketika ditemui dalam acara pelancaran single ketiga Goliath, kelmarin. Keluarga Uli sendiri tidak mempersoalkan hubungan Uli dengan kekasihnya itu, namun yang mereka bimbang ialah soal perbezaan agama antara kedua-duanya. Bagaimanapun, Elio yang mempunyai profesion sebagai peragawan menyatakan kesediaannya untuk menukar agama.

“Keluarga menerima pilihan saya, cuma masalah perbezaan agama yang mereka ambil berat. Sejak awal saya sudah menegaskan kepada Elio jika dia mahu serius dengan saya, maka dia perlu memeluk Islam dan ternyata dia bersetuju,” tutur Uli. Setakat ini, Uli sudah membincangkan rancangan mereka untuk hidup bersama dan Elio juga menyatakan persetujuan untuk menetap di Indonesia. Namun, menurut Uli, tidak mustahil juga satu ketika nanti keadaan akan berubah.

“Insha-Allah, saya akan tetap tinggal di sini, lihat saja nanti,” tambahnya lagi.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: