Ariel akan dibebaskan

Selepas empat bulan menghuni lokap polis, vokalis Peterpan, Ariel, kini boleh menarik nafas lega apabila dia diberitahu akan dibebaskan tidak lama lagi.

Ketua Perhubungan Awam Polis Indonesia, Marwoto, berkata penyanyi yang ditahan kerana skandal seks dengan dua personaliti televisyen itu akan keluar dari lokap pada Jumaat ini jika polis masih gagal melengkapkan siasatan.

“Siasatan mesti disiapkan selewat-lewatnya 22 Oktober dan jika ia tidak berlaku, Ariel perlu dibebaskan sesuai dengan peruntukan undang-undang yang membenarkan seseorang ditahan sehingga 120 hari,” katanya semalam.

Tidak cukup dengan berita gembira itu, Ariel juga boleh terlepas daripada sebarang dakwaan jika siasatan itu benar-benar tidak dilengkapkan.

“Ketika itu dia tidak lagi dianggap sebagai suspek,” katanya.

Sementara itu, Marwoto berkata, kertas siasatan kes penyebaran klip video seks membabitkan Ariel dan dua pasangannya masih berada di pihak pendakwa. “Begitu juga dengan kes Luna Maya dan Cut Tari,” katanya.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: