Apa motif Bienda berbohong?

Majlis persandingan Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 26 dengan suaminya Kamarul Zariman Abd. Rahman (27), di Ideal Convention Centre, Selayang Selangor pada 8 Oktober lalu akhirnya menamatkan spekulasi siapakah lelaki yang selama ini cuba dirahsiakan oleh Bienda.

Walau bagaimanapun majlis menjadi kecoh sedikit apabila Bienda gagal mengotakan janjinya untuk menjelaskan tarikh sebenar pernikahannya dengan Kamarul Zariman.

Ketika mengedarkan kad jemputan persandingan, Bienda mengaku dia akan jelaskan segala-galanya pada hari persandingan itu termasuklah tarikh pernikahan serta kenapa dia selama ini menyembunyikan perkara baik tersebut.

Tapi lain pulak jadinya, ketika meraikan hari persandingan itu, Bienda tidak berbuat demikian sebaliknya menukar keputusan dengan mengunci mulut kenapa majlis pernikahannya itu disembunyikan. (Pulak dah….)

Alasan Bienda untuk menjaga hati pihak-pihak tertentu. (Kalau dah macam tu buat apa menabur janji kat media.)

Yang menjadi persoalannya sekarang kalau majlis persandingan itu boleh dikongsi dengan orang ramai, kenapa tarikh pernikahannya hendak disembunyikan pula? Musykil i…

Dimaklumkan, Bienda sebenarnya telah lama bernikah iaitu pada awal tahun ini. Dengan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.

Bagaimanapun apabila ditanya pihak media, dia menafikan sekeras-kerasnya hal berkenaan. Waktu itu, Bienda tidak mengaku sudah bernikah.

Ini yang buat orang media bengang sebab Bienda cakap tak serupa bikin. Apa lah salahnya kalau dikongsi bersama tarikh bersejarah itu dengan peminat. Benda baik tak perlulah disorok-sorok. Jangan sampai peminat naik menyampah sudah.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: