Rianti, Cas berteka-teki isu kahwin

Ketika khabar perkahwinan Rianti Cartwright dan Cas Alfonso di sebuah gereja di Amerika Syarikat makin panas, kedua-dua selebriti itu masih enggan memberi sebarang pengesahan.

Pihak pengurusan Cas pula mendakwa tidak tahu-menahu mengenai isu itu. Kenyataan itu hampir sama dengan pendirian pihak pengurusan Rianti sebelum ini.
Pengurus Cas, Yosajie, berkata tugasnya hanya terhad kepada bidang muzik sesuai dengan kerjaya artis itu.

“Memang ketika ini Cas bercuti atas urusan keluarga, tapi mengenai urusan apa atau bagaimana, saya tidak tahu,” katanya.

Isu pernikahan Rianty dengan Cas dilaporkan semakin nampak kebenarannya dan pelakon Ayat-ayat Cinta itu dikatakan turut menukar agama untuk disatukan dengan Cas.

Rianti juga dibaptis dan namanya ditukar menjadi Sophie Rianty Riannon Cartwright.

p/s : Aseanstar tak sangka begitu mudah beliau menukar agama demi cinta. Terbukti cintanya pada manusia melebihi cintanya pada Allah. Aseanstar kagum menonton filem Ayat-ayat Cinta yang nyata luar biasa kerana berkisarkan agama islam yang unggul. Tapi yelah nama pun lakonan. Semuanya hanya lakonan semata-mata. Semoga kita semua ditetapkan iman.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: