Pinkan didakwa telah menukar agama

Penyanyi dan pelakon, Pinkan Mambo memilih untuk berkurung di rumah bagi mengelak buruan wartawan yang ingin tahu mengenai status agamanya.
Selebriti berdarah Manado, Sulawesi Utara itu dilahirkan sebagai wanita Islam sebelum baru-baru ini dikatakan menukar agamanya.

Pertukaran agama penyanyi kumpulan Ratu dan bekas penyanyi latar band Dewa 19 itu didedahkan ibunya sendiri.

Sehingga semalam, Pinkan, 29, dilaporkan berkurung di rumahnya di Depok, Jawa Barat.

Seorang pembantu rumahnya berkata, Pinkan belum bersedia memberi komen mengenai kenyataan ibunya.

“Pinkan meminta maaf kerana tidak dapat bertemu media. Ketika ini dia berasa perlu berbincang dengan pihak pengurusan sebelum memberi sebarang komentar,” katanya.

Tidak terkecuali, kata pembantu Pinkan, artis terbabit bercadang untuk berbicara terlebih dulu dengan keluarganya.

“Dia akan memberi komen apabila tiba masanya,” katanya.

Sebelum ini, ibu Pinkan, Deetje, berkata dia memang menentang sebarang hubungan rapat anaknya dengan mana-mana lelaki berbeza agama.

Kebimbangan itu semakin menjadi nyata apabila Pinkan dilaporkan berkahwin dengan seorang lelaki – dikenali sebagai Steve – dan keluar dari Islam.

Selain berang dengan sikap Steve yang enggan berdepan dengannya, Deetje juga enggan mengakui Pinkan anaknya jika artis itu benar-benar murtad.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: