Ratu Cantik Indonesia 2009 bermasalah dengan keluarga

Ratu Cantik Indonesia 2009, Qory Sandioriva, menafikan akan mengadu masalah keluarganya ke Kementerian Pembangunan Wanita dan Perlindungan Kanak-kanak.
Peguam Qory, Malik Bawazier, berkata sehingga kini mereka tidak pernah mempunyai rancangan sebegitu.

“Usahkan mengadu kepada kerajaan, cuba menyelesaikan isu ini lebih daripada melalui rundingan pun belum pasti,” katanya, semalam.

Seperti dimaklumkannya pada Jumaat lalu, Malik berkata, mereka masih yakin kemelut di antara Qory dan ibunya, Fariyawati, boleh diatasi melalui rundingan.

“Sebenarnya isu ini mudah dan tidak perlu ada tuduhan menghina mana-mana pihak.

“Ketika ini Qory berada dalam situasi serba-salah,” katanya.

Isu Qory, 19, mula menjadi perbualan selepas dia enggan berkomunikasi dengan ibu atau bapanya sejak berada di Amerika Syarikat bagi mewakili Indonesia dalam pertandingan ratu cantik, baru-baru ini.

Selepas beberapa kali cuba dihubungi, Qory dilaporkan tidak mahu ibu bapanya mencampuri urusan hidupnya.

Bagaimanapun, kata Malik, tidak ramai yang tahu apa sebenarnya punca masalah di antara ratu cantik itu dengan orang tuanya.

Malah, katanya, kakak Qory sendiri mengaku angkat tangan dan mengalah selepas gagal memberi sebarang cadangan penyelesaian.

“Kakak Qory tidak mampu berbuat apa-apa kerana masalah dihadapinya tidak jauh berbeza daripada apa dihadapi adik-beradiknya yang lain.

“Saya difahamkan, kakaknya juga dulu pernah menghadapi masalah sama,” katanya.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: