Plan Korea perjelas isu aktress Kelas A

Wakil dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa Plan Korea membuat penjelasan susulan kontroversi aktress kelas A negara itu, Lee Mi Yeon yang bersikap buruk ketika kempen hak kanak-kanak di Nepal, Januari itu.

Minggu lalu, Chosun Journal menerbitkan artikel berjudul Cahaya dan Bayang Kerja Kebajikan Selebriti yang secara terperinci mendedahkan sikap tidak sensitif aktres itu seperti memesan ‘sushi’ dan mandi menggunakan air mineral ketika bekerja untuk badan kebajikan itu.

Ketua Jabatan Plan Korea, Park Jaehong berkata, Lee Mi Yeon langsung tidak menunjukkan minat membuat kerja kebajikan dan hanya berada di sana untuk mengambil peluang melakukan penggambaran majalah fesyen.

Lebih menjengkelkan, aktres itu turut meminta penginapan kelas pertama dan enggan tinggal di satu-satunya hotel disana dengan alasan tidak selesa.

Manakala sebelah pagi, dia meminta sarapan yang langsung tidak masuk akal iaitu ‘sushi’.

“Dia sepatutnya sensitif dengan keadaan yang dihadapi di negara itu. Bagaimana jika dia dihantar ke Afrika yang menghadapi masalah kebuluran dan air bersih?” Kata Park bengang.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: