Ayu Raudhah nikah Januari depan

Desas-desus mengenai majlis perkahwinan pelakon, Ayu Raudhah, 25, dan kekasihnya, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, 23, akhirnya terjawab apabila ibu kepada pelakon jelita itu mengesahkan majlis berkenaan akan berlangsung pada Januari tahun depan.
Bagaimanapun, tarikh sebenar belum dipastikan kerana keluarga kedua-dua pihak sedang mencari waktu sesuai mengadakan majlis berkenaan.

Difahamkan, pasangan itu tidak mengadakan majlis pertunangan, sebaliknya keluarga kedua-dua pihak bersetuju melangsungkan majlis pernikahan pada bulan berkenaan.

Sumber yang rapat dengan ibu pelakon itu berkata, dia turut menerima jemputan majlis perkahwinan itu pada Januari tahun depan tetapi tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian.

“Majlis itu akan diadakan di rumah ibu pelakon terbabit di Taman Mawar, di sini. Bagaimanapun, tarikh sebenar belum dipastikan kerana kedua-dua pihak masih dalam perbincangan.

“Ibu Ayu memberitahu tidak akan mengadakan majlis pertunangan, sebaliknya terus berkahwin. Ibu pelakon itu memberitahu akan mengadakan majlis itu di sini, bukan di Kuala Lumpur.

“Kalau boleh ibu pelakon itu nak buat kenduri terus…lagi senang, tidak payah bertunang. Saya turut dijemput menghadiri majlis perkahwinan itu pada Januari tahun depan tapi tarikh sebenar akan diberitahu kemudian,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Hubungan mesra antara Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan dengan Zaquan Adha tidak dinafikan lagi apabila mereka sering kelihatan bersama-sama pada majlis tertentu di ibu kota.

Ayu, anak kelahiran Alor Setar, Kedah pernah membintangi drama antaranya Dilema Wanita,Timur Mencinta Barat Merindu, Manjalara, Hidayah, Dari Mata Arisa, KL Menjerit The Series, Alamaya, Sampai Menutup Mata, Patahnya Sayap Malam, Nur Kasih, Kau Laksana Bulan, Janji Kekasih Nur Fansuri termasuk filem 4 Madu.

Pasangan romantis itu mengaku sudah bercinta selama setahun dan berhasrat bersatu pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Ayu yang juga adik kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan, 34, yang kini sudah dimiliki jejaka bernama Shah yang bertugas di Singapura berkemungkinan mengadakan majlis perkahwinan itu serentak atau memberi laluan kepada Ayu terlebih dahulu.

Ayu yang bakal membintangi filem keduanya, Nur Kasih dikatakan sudah bersiap sedia menempuh alam berumah tangga dengan jejaka pilihannya itu.

Menurut sumber itu lagi, ibu pelakon itu sempat meluangkan masa berbual dengannya beberapa minit sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: