Annisa tidak mahu ambil pusing lagi

Penyanyi dangdut, Annisa Bahar mengakui diperkenalkan dengan ramai teman lelaki anaknya, tetapi belum tahu mana satu yang menjadi kekasih anaknya.

“Anak saya memperkenalkan ramai teman lelakinya kepada saya. Cuma saya tidak tahu siapa yang menjadi kekasihnya kerana dia belum memberitahu saya lagi,” ujar Annisa ketika ditemui di Jakarta Utara, semalam. “Dulu dia pernah memberitahu saya mengenai kekasihnya tetapi sekarang dia tidak beritahu apa-apa lagi,” tambah Annisa.

Menurut Annisa, anak perempuannya, Juwita, pernah berpacaran dengan seorang pelakon sinetron, namun kerana usianya baru 14 tahun dan dia perlu dipantau dari semasa ke semasa, anaknya itu lari dari rumah kerana tidak suka dikawal orang tua.
“Kekasihnya itu seorang pelakon sinetron. Bagi saya, tindakan bapanya yang melarang Juwita berpacaran memang betul tetapi caranya yang salah. Kalau saya sudah tentu saya tidak melarang dengan cara yang keras,” kata Annisa. “Cuba anda bayangkan, anak semuda Juwita sudah pegang wang sendiri tanpa kawalan ibu bapa. Sebagai orang tua, kami pasti bimbang jika ada lelaki yang akan mengambil kesempatan terhadapnya,” tutur Annisa lagi. Bagaimanapun, Annisa mengaku sudah tidak mahu menasihati anaknya lagi walaupun melalui pengurusnya, Zul Bahar kerana tindakannya pasti tidak akan diterima Juwita. “Saya sudah mengaku kalah dan tidak mahu menasihati Juwita lagi. Anak itu memang susah dikendalikan,” tambah Annisa.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: