Park Jung Min secara rasmi bergerak solo

SS501’s Park Jung Min secara rasminya telah bergerak solo dan menyertai sebuah syarikat rakaman baru. Dalam laman web rasmi SS501’s, Park Jung Min mengambil kesempatan untuk menerangkan dan memberitahu peminatnya tentang situasi yang dilaluinya.

Antara isi kandungan mesej tersebut ialah :

“Hmm … Alasan saya menulis mesej hari ini adalah kerana saya telah berjanji .. masa dahulu! Bahawa jika saya menandatangani kontrak, saya akan menjadi orang pertama yang mengatakan kepada anda.

Syarikat yang saya bakal bernaung dipanggil CNR MEDIA, syarikat ini gabungan daripada syarikat “Comic Ritz-Taiwan dan syarikat tempatan (Korea) ROY MEDIA ‘.

Walaupun ada banyak kebimbangan dan kegugupan. Tolong beri banyak kekuatan untuk Jung Min yang mengambil langkah pertama sekarang ..! Di masa akan datang, saya akan bekerja lebih keras dan membuat kemajuan. ^ ^ “

(Diterjemahkan oleh Quainte501)

Setelah Kim Hyun Joong bergerak solo dan kini giliran Park Jung Min pula mengikut jejak langkah Hyun Joong untuk beralih ke syarikat rakaman baru, apa yang akan terjadi pada tiga anggota SS501 yang masih kekal?

Syarikat lama SS501, DSP Media berkata, “Walaupun ahli SS501 telah menyertai syarikat-syarikat rakaman baru, tapi kami tidak mahu kumpulan SS501 terkubur begitu sahaja. Jika mereka bekerja sama lagi di masa akan datang, kami mahukan mereka berada di bawah DSP Media.”

Ianya masih ada harapan untuk peminat SS501, tapi memandangkan tiga ahli SS501 yang lain sedang mencari syarikat rakaman baru juga, nampaknya agak sukar untuk melihat mereka tampil bersama dalam waktu terdekat.

Source : allkpop

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: