Lee Min Ho di pelancaran telefon bimbit LG Optimus GT540

Sabtu lalu bertempat di Auditorium Pusat Konvensyen Marina Bay Sands Singapura, aktor kacak Korea Selatan Lee Min Ho telah muncul sempena majlis pelancaran telefon bimbit LG Optimus GT540. Suasana Auditorium gamat dengan sorakan dan teriakan lebih 3,000 peminat aktor tersebut. Kesempatan bertemu dengan peminat seninya sememangnya dinantikan pelakon yang begitu popular menerusi siri drama Boys Over Flowers yang mendapat sambutan menggalakkan sejak disiarkan tahun lalu.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran itu, Min Ho berkata, keinginan untuk memperkembangkan karier seni di peringkat antarabangsa sentiasa menjadi impiannya, malah dia turut tidak menafikan mahu memanfaatkan peluang dan kepercayaan yang diberikan semua pihak terutama peminat.

Pada majlis itu, Min Ho turut meluangkan masa beramah mesra dan bermain kuiz dengan peminat bertuah. Selain diberi peluang bertanyakan soalan, peminat turut membawa pulang hadiah eksklusif yang disediakan penganjur.

Terbaru, Min Ho baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri, Personal Preference yang bakal menemui peminat kota Singa itu pada hujung tahun ini.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: