Awal & Scha mengaku bercinta!!!

SEBELUM ini, hubungan mereka mungkin hanya sebagai teman baik. Bagaimanapun, selepas 10 bulan berlalu, pengacara TV popular, Ahmad Awalluddin Ashaari atau Awal Ashaari, 29, kini tidak menafikan pelakon Scha Al-Yahya adalah kekasihnya. Bahkan, Awal tanpa berselindung mengakui dia juga merancang mahu menyunting Scha sebagai suri hidupnya. Ini kerana, hubungan cinta mereka diakui mendapat restu keluarga. Namun, segala urusan berkaitan jodoh diserahkan pada ketentuan Tuhan.

“Hubungan saya dan Scha serius. Jika diikutkan hati, saya ingin membuat keputusan untuk berkahwin secepat mungkin. Bagaimanapun, soal perkahwinan bukan boleh dipandang ringan kerana komitmen pada keluarga sangat besar.

“Jadi, saya perlu mempersiapkan diri sepenuhnya untuk bergelar suami. Namun, saya sangat bersyukur hubungan kami direstui keluarga dan jika sampai seru, mungkin pada usia mencecah 30 tahun, zaman bujang ini akan ditamatkan dan tunggu sajalah.

“Saya selesa dengan Scha kerana kami saling memahami dan mempunyai minat yang sama. Justeru, keserasian wujud dan hubungan kami berjalan lancar. Cuma, untuk perkahwinan itu masih terlalu awal dan ia kini dalam proses perancangan,” katanya.

Mereka juga digandingkan buat pertama kali sebagai teraju utama drama Prebet Jamilah untuk Astro Ria dan baru saja selesai menjalani penggambaran. Drama ini akan disiarkan sempena meraikan sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

Sumber : Metro

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: