Ulama resah KD bercium secara terbuka dengan suami orang

Perbuatan penyanyi terkenal, Krisdayanti mencium kekasihnya, Raul Lemos di depan wartawan pada satu sidang akhbar kelmarin telah mendapat reaksi daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI), lapor sebuah akhbar semalam.

“Mungkin tindakan itu melanggar moral, tetapi dianggap biasa berdasarkan tanggapan kewartawanan,” kata Ketua MUI, KH Hamidan semasa dihubungi dengan telefon bimbitnya di sini semalam.

Menurutnya, perbuatan itu dianggap tidak sihat untuk dilihat oleh orang awam.

Krisdayanti yang popular dengan lagu Menghitung Hari mencium kekasihnya itu di sebuah restoran di Jakarta kelmarin. Ketika ditanya mengenai harapan isteri kekasih Krisdayanti, Silvalay Noor Arthalia yang meminta MUI menegur suaminya dan penyanyi itu kerana melakukan perbuatan tidak senonoh, Hamidan enggan mengulas lanjut.

“Ya, itu yang kami lihat adakah ia mempunyai kaitan pornografi atau pornoaksi. Namun, ia bukan bidang MUI,” kata Hamidan.

Buat masa ini, kekasih Krisdayanti itu yang merupakan seorang ahli perniagaan Timor Leste masih belum bercerai secara sah dengan isterinya.

Menurut Hamidan, pihaknya berasa resah dengan perbuatan Krisdayanti kerana kini Indonesia dihantui dengan skandal video lucah melibatkan penyanyi Ariel Peterpan, pengacara terkenal, Cut Tari dan Luna Maya.

“Jelas, bagaimana kesannya ke atas anak-anak mereka, masyarakat umum dan isteri (Raul) itu. Kami berasa resah,” katanya.

Source : Kosmo

Apa kata saya : Nampaknya moral rakyat Indonesia semakin membimbangkan. Tak akan nak tunggu Tsunami kedua baru nak berubah kot..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: