Song Hye Kyo dan Hyun Bin mengaku sedang bercinta

Bukankah Song Hye-Kyo dan Hyun Bin merupakan pasangan Korea yang sangat sweet? Song Hye-Kyo dan Hyun Bin mengakui bahawa mereka telah menjalinkan hubungan romantis sejak beberapa bulan yang lalu.

Sebenarnya pasangan ini mula bertemu di set drama ‘World Within‘ KBS. Sejak itu mereka terus tertarik untuk bertemu antara satu sama lain dan mula menghabiskan masa bersama sebagai rakan. Tak lama kemudian pasangan itu mula sedar bahawa hubungan mereka adalah lebih dari persahabatan dan mereka dilihat tidak malu keluar berduaan secara terbuka sambil berpegangan tangan. Pihak pengurusan kedua bintang ini juga telah mengesahkan bahawa mereka sangat gembira ‘bersama’ dan bercadang untuk meneruskan hubungan tersebut ke tahap lebih serius.

Sebelum ini Song Hye Kyo pernah menjalin hubungan istimewa dengan beberapa aktor lelaki dan dia dikatakan seolah-olah mudah jatuh hati dengan mana-mana pelakon lelaki yang bekerja dengannya. Tapi foto terbaru dibawah menunjukkan Song Hye Kyo dan Hyun Bin menuju kesebuah kafe di Gangnam tampak seperti pasangan bahagia yang sedang dilamun cinta.

p/s : Tidak hairanlah kenapa Song Hye Kyo mudah jatuh cinta dengan pelakon lelaki kerana pelakon-pelakon lelaki Korea semuanya ganteng-ganteng belaka seyh..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: