Kes Tom bergaduh

KUALA LUMPUR, 11 JULAI 2010: Sebaik saja keluarga mangsa menjelaskan tentang situasi sebenar mangsa Zaireen Sofia Abu Bakar, 23, kepada pihak media dalam sidang media mengejut yang diadakan sejurus selepas juara MyStar LG3, Raja Farah Afzal Raja Ikram atau Tom,23, tampil di dalam program Melodi, abang sulung mangsa, Azil Adzlee Ali, 30, memaklumkan bahawa adik iparnya, Mohd Firdaus Jamil, 25, dan Tom mahu bersemuka secara baik dengan membawa mangsa, Zaireen serta anaknya, Nur Kasih untuk bertemu keluarga.

Disebabkan pihak media masih lagi berada di situ (di kediaman bapa saudara mangsa di Damansara Utama), pihak keluarga mangsa meminta semua wartawan turut serta untuk menjadi saksi dalam pertemuan tersebut.

Mengikut perbincangan asal, pertemuan tersebut sepatutnya dilakukan balai Polis Damansara. Namun, selepas melihat ramai kaum keluarga mangsa dan pihak media berada di situ, murai.com.my difahamkan orang tengah suami mangsa yang dikenali sebagai Hulk meminta abang dan ayah mangsa untuk berjumpa mereka di hadapan sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari balai polis tersebut.

Pada mulanya hanya abang dan ayah mangsa saja yang dibenarkan untuk melihat mangsa dan bayi mangsa tetapi akhirnya seluruh kaum kerabat mangsa dibenarkan untuk berjumpa mangsa. Itupun, selepas pihak suami mangsa tidak dapat menghalang saudara mangsa yang datang bersama wartawan di tempat pertemuan tersebut diadakan.

Suasana yang pada mulanya tegang berubah menjadi tenang selepas keluarga mangsa yang sudah lama mahu berjumpa mangsa termakbul apatah lagi bila bonda mangsa iaitu Noor Liza Shamsudin, 50, dapat mengendong sendiri cucunya yang sebelum ini hanya dapat dilihat di dalam gambar yang dihantar menerusi kiriman MMS saja sebelum ini.

Apapun, semasa babak sedih ini berlaku, Tom yang berada di situ sempat memberi komen.

“Saya yang jaga dia dalam hari. Saya tak pernah berkira dengan dia pun walau sesen,” ujar Tom.

Bagaimanapun, sewaktu abang mangsa iaitu Azil rancak berbincang dengan Tom dilokasi kejadian, keadaaan yang tenang tadi bertukar menjadi tegang semula apabila kes pukul-memukul terjadi dan ia melibatkan Tom, suami mangsa, mangsa dan kaum keluarga mangsa sehinggakan mereka tercedera.

Selain keluarga, seorang wartawan Utusan Karya juga turut terlibat dalam pergaduhan tersebut apabila dia turut sama dipukul oleh sebab tindak balasnya yang cuba untuk menyebelahi Tom serta menyelamatkan juara MyStar LG3 tersebut.

Sejurus selepas pergaduhan tersebut dileraikan, polis datang membawa mangsa ke balai polis Damansara dan kedua-dua pihak kemudian membuat laporan polis berikutan kes gaduh tersebut.

Tom yang ditemui selepas itu bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang komen terhadap kejadian tersebut. .

“Minta maaf, saya tak boleh nak tunjuk laporan polis itu kepada semua rakan media. Saya pun tak boleh nak cakap apa-apa memandangkan kes ini sudah menjadi kes polis. Lagi pun, anda semua datang bersama keluarga mangsa. Minta maaf banyak-banyak,” kata Tom.

Bagaimanapun, abang mangsa, Azli sempat memberitahu wartawan tentang apa yang dia bincangkan dengan Tom sebelum berlakunya pergaduhan tadi.

“Tadi, Tom minta supaya hentikan semua perkara ini tanpa melibatkan pihak media. Saya pun tanya dia balik, siapa yang mulakan perkara ini semua. Dia hanya cakap apa yang dah berlaku tu sudahlah,” kata Azli.

Apapun, sesi pergaduhan mereka ini berjaya dirakam pihak Astro Awani. Jangan lupa saksikan video rakaman tersebut hanya di Gala TV, jam 3.30 hari ini.

Source : http://www.meow.my

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: